Myanmar mahu tingkat kerjasama ketenteraan dengan Rusia


Ketua Junta Tentera Myanmar Min Aung Hlaing menghadiri persidangan ketenteraan antarabangsa di Moscow.– Gambar EPA, 28 Jun, 2021.

MYANMAR mahu memperluas kerjasama ketenteraannya dengan Rusia, kata Ketua Tentera, Min Aung Hlaing dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Sputnik.

Minggu lalu, ketua junta tentera itu menghadiri persidangan ketenteraan antarabangsa di Moscow dan bertemu dengan Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu.

“Kami akan mengadakan kesepakatan baharu dan meningkatkan lagi kerjasama. Sejak mula lagi, kami rancang untuk tingkatkan kerjasama. Sebab itu perbincangan kali ini lebih tertumpu ke arah usaha itu,” kata Min Aung Hlaing.

Pada 1 Februari lalu tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa yang kemudian mencetuskan protes besar-besaran.

Tentera berikar akan mengembalikan semula kuasa selepas pilihan raya baharu diadakan namun, sehingga kini tarikh pengundian belum ditetapkan. – Bernama, 28 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen