KEGANASAN pasca rampasan kuasa dilakukan kudeta Myanmar meningkat apabila pasukan pertahanan diri anti junta cuba mengambil alih kuasa tentera.
Angka kematian juga dijangka lebih tinggi jika rejim menggunakan kekuatan penuh dalam tindakan keras seterusnya.
Menurut kumpulan pemantau tempatan, Myanmar berdepan kekecohan sejak Februari apabila kudeta menggulingkan Aung San Suu Kyi dengan lebih 880 maut dalam tindakan kekerasan junta.
Di beberapa kawasan, penduduk tempatan menggunakan senapang pemburu atau senjata dihasilkan di kilang sementara, membentuk “pasukan pertahanan” untuk melawan semula.
Sebagai tindak balas, tentera menggunakan helikopter dan artileri, termasuk melawan kumpulan di barat laut Chin dan di timur sempadan Thailand.
Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) hari ini berkata pertempuran pemberontak bersenjata, Tatmadaw (tentera Myanmar) dijangka menyaksikan kuasa ketenteraan digunakan terhadap orang awam.
Katanya, pertembungan berlaku di kawasan tiada konflik sejak beberapa dekad, memaksa agensi kemanusiaan berlumba untuk mengatur operasi dan talian bekalan baharu.
“Kematian dijangka berlaku terutama membabitkan wanita, kanak-kanak dan warga emas yang menghadapi kesukaran susulan keganasan dan perpindahan,” katanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu berkata dianggarkan 230,000 orang berpindah susulan pertempuran dan rasa tidak selamat, setakat ini. – AFP, 28 Jun, 2021.
Komen