INSIDEN tembakan rambang di tengah Times Square di kota New York semalam menyebabkan seorang lelaki berusia 21 tahun cedera.
Ia adalah insiden terbaru keganasan senjata di ibu kota Big Apple itu.
Mangsa ialah orang awam yang terkena tembakan ketika sedang berjalan bersalah ahli keluarganya berhampiran Hotel Marriott Marquis di Broadway kira-kira 5.15 petang semalam, kata polis.
“Beliau bukan sasaran dalam perbalahan antara dua lelaki lain,” katanya.
Mangsa dilaporkan datang melawat New York bersama keluarganya, dan kini sedang dirawat di hospital, kata jurucakap.
Polis sedang melakukan siasatan dan setakat ini belum ada tangkapan.
Pada Mei tahun lalu, satu insiden tembakan di Times Square menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan dua wanita lain cedera. Suspek kemudian ditahan di Florida.
Kejadian tembakan semalam berlaku ketika Broadway mula dibuka semula selepas semua panggung ditutup kerana pandemik sejak Mac 2020. – AFP, 28 Jun, 2021.
Komen