BEKAS menteri Rafidah Aziz hari ini menyelar pengumuan saat-saat akhir yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rafidah dalam catatan di Facebook berkata, keputusan kerajaan ini boleh memberi kesan kepada perniagaan dan rakyat Malaysia yang sudah terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Jangan umum kawalan pergerakan pada saat-saat akhir, terutama ketika sudah ada tarikh akhir yang lebih awal.
“Kebanyakannya, terutama perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai pekerja dan perniagaan, secara umum akan membuat rancangan bagi melakukan pelaburan baharu, memulakan operasi, menambah pekerja,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata PKP tidak akan tamat pada Isnin ini.
Muhyiddin berkata, PKP akan diteruskan sehingga nilai ambang kes baru Covid-19 yang dilaporkan sehari turun menjadi kurang dari 4.000, lapor Bernama hari ini.
Perdana menteri berkata, kerjaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif kepada semua kelompok masyarakat pada hari Isnin atau Selasa.
PKP penuh yang bermula pada 1 Jun lalu sepatutnya berakhir pada 14 Jun, namun kini dilanjutkan sebanyak dua kali.
Rafidah berkata jelas menunjukkan terdapat perusahaan mikro yang menjalankan operasi perniagaan di beberapa kiosk bergelut mendapatkan sumber pendapatan harian mereka.
“Mereka perlu diberikan bantuan yang selayaknya dan bukan sekadar diberikan duit. Mereka perlu dibantu dalam jangka masa panjang,” katanya. – 27 Jun, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen