SEORANG lelaki warga asing ditahan hari ini kerana disyaki membunuh seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di hotel mewah Ritz-Carlton di Hong Kong, kata polis.
Pegawai bergegas ke hotel itu selepas menerima laporan pagi tadi bahawa seorang lelaki dan wanita sedang bergaduh.
Wanita terbabit dan seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati di tempat kejadian dan lelaki terbabit ditahan kerana disyaki membunuh dan dihantar ke hospital.
Polis tidak mengesahkan hubungan antara ketiga-tiga individu itu tetapi memberitahu semuanya warga asing.
Menurut media tempatan Apple Daily, pasangan itu berusia 40-an, dan anak lelaki berusia tujuh tahun adalah warganegara Korea dan mendaftar masuk ke hotel berkenaan beberapa hari lalu.
Jurucakap Ritz-Carlton enggan mengulas.
Hotel mewah itu terletak di tingkat atas bangunan pencakar langit yang tertinggi di Hong Kong – ICC dan terkenal dengan pemandangan indah bandar itu dan Victoria Harbour. – AFP, 14 Januari, 2018.
Komen