5 maut dalam kemalangan belon udara panas di AS 


LIMA orang terbunuh dalam kemalangan belon udara panas di  Albuquerque, Amerika Syarikat.

Kemalangan itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus beberapa jam di kawasan berkenaan selepas belon itu terlanggar kabel elektrik.

“Malangnya empat individu terbunuh akibat kecederaan parah dalam kemalangan itu,” kata polis Albuquerque di Twitter.

Seorang lagi mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal turut meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Doa kami bersama rakan dan keluarga semua mangsa yang kehilangan nyawa,” kata polis.

Kira-kira 13,000 penduduk terjejas akibat terputus bekalan elektrik yang berpunca daripada kemalangan itu. – AFP, 27 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen