Anak bekas presiden Chamorro ditahan di Nicaragua 


Pedro Joaquin Chamorro (kanan) ditahan atas tuduhan cuba menjejaskan kedaulatan Nicaragua.– Gambar EPA, 27 Jun, 2021.

WARTAWAN Pedro Joaquin Chamorro, yang juga bekas wakil rakyat pembangkang dan anak bekas presiden Violeta Barrios de Chamorro, ditahan atas tuduhan menjejaskan kedaulatan Nicaragua, kata polis pada Sabtu. 

Chamorro merupakan tokoh pembangkang terbaharu yang akan ditahan selama lima bulan menjelang pilihan raya presiden yang mana Presiden Daniel Ortega berkemungkinan akan mengadakan pilihan raya semula. 

Dalam beberapa siri serbuan sejak 2 Jun lalu, anggota pasukan keselamatan dan tentera menahan sekurang-kurangnya 20 tokoh pembangkang, termasuk lima calon pilihan raya presiden, salah seorangnya adalah adik Chamorro, Cristiana Chamorro yang merupakan calon pilihan untuk menentang Ortega pada pilihan raya November ini. 

Pedro Joaquin Chamorro ditahan pada Jumaat dan berdepan tuduhan menghasut campur tangan asing, meminta campur tangan asing dan memuji sekatan terhadap Nicaragua, kata polis dalam satu kenyataan. 

Pertuduhan itu berdasarkan undang-undang yang diluluskan kerajaan Ortega pada Disember yang kononnya untuk mempertahankan kedaulatan Nicaragua, satu langkah yang mendapat kritikan kerana ia akan menutup mulut dan menghentikan pencabarnya.

Pada 21 Jun lalu, abang Chamorro yang juga wartawan dan pengarah sebuah majalah Carlos Fernando Chamorro mengumumkan beliau dipaksa untuk meninggalkan negara itu kerana penganiayaann politik oleh kerajaan. – AFP, 27 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen