18 orang terbunuh, kartel dadah bergaduh di Mexico


Mexico berdepan dengan jenayah berkaitan dadah yang sudah membunuh lebih 300,000 orang sejak 2006, apabila kerajaan mula mengerahkan tentera memerangi kartel dadah yang digeruni di negara itu. – Gambar AFP, 26 Jun, 2021.

PERTEMPURAN disyaki melibatkan kartel dadah yang bermusuh menyebabkan 18 orang terbunuh pada Jumaat di Mexico, kata pegawai kerajaan.

Tembak menembak berlaku di kawasan pedalaman di negeri Zacatecas, kata Rocio Aguilar, jurucakap kerajaan negeri.

Ia berlaku antara dua kartel yang berebut kawasan, katanya kepada Milenio TV.

Rabu lepas, dua mayat anggota polis ditemui tergantung di jambatan di Zacatecas dan media tempatan melaporkan beberapa siri tembak menembak berlaku.

Tetapi Aguilera berkata setakat ini pihak berkuasa tidak menemui kaitan antara jenayah kejam dan kejadian tembak menembak di bandar Valparaiso pada Jumaat.

Valparaiso terletak di sempadan Jalisco, yang merupakan kubu kuat kartel Jalisco Nueva Generacion. Pihak berkuasa berkata wujud perang antara kartel bagi menguasai laluan pengedaran dadah di kawasan itu.

Mexico berdepan dengan jenayah berkaitan dadah yang sudah membunuh lebih 300,000 orang sejak 2006, apabila kerajaan mula mengerahkan tentera memerangi kartel dadah yang digeruni di negara itu. – AFP, 26 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen