UEFA tidak akan meletakkan bir pada sidang media Euro 2020 jika pemain beragama Islam tidak mahu minuman keras ada ketika sesi bertemu media, kata penganjur kejohanan bola sepak Eropah itu.
Pemain tengah Perancis, Paul Pogba yang beragama Islam dan tidak minum arak, mengalihkan sebotol bir dari depan kamera ketika beliau menjawab soalan wartawan pada perlawanan sebelum ini.
“Kami akan tanya pemain Muslim terlebih dulu adakah mereka setuju untuk botol bir diletakkan atau tidak,” kata jurucakap UEPA.
Heineken, antara penaja utama Euro 2020, bersetuju dengan pendekatan itu, katanya.
Sebelum Pogba, bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo turut mengalihkan sebotol Coca-Cola ketika sidang medianya dan sempat berkata orang ramai patut minum air, bukannya minuman ringan. – AFP, 26 Jun, 2021.
Komen