Saman Putrajaya kerana ujian Covid-19 tidak berasas, kata peguam


Raevathi Supramaniam

Peguam berkata sukar buktikan kerajaan melanggar undang-undang kerana gagal melakukan ujian Covid-19 mencukupi dalam usaha mengekang Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2021.

TIDAK cukup asas untuk memfailkan tuntutan kes saman kecuaian terhadap kerajaan kerana gagal menjalankan ujian saringan Covid-19 yang mencukupi dalam usaha mengekang penularan virus itu, kata peguam.

Sukar untuk membuktikan kerajaan bertindak menyalahi undang-undang, kata mereka ketika mengulas tweet peguam Ambiga Sreenevasan yang berkata Putrajaya mungkin bersalah atas kecuaian jenayah kerana gagal melakukan ujian mencukupi dalam mengesan virus itu.

Seorang peguam kanan berkata Putrajaya diberikan imuniti terhadap tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.

Peguam Fahri Azzat memberitahu The Malaysian Insight  walaupun saman kecuaian jenayah pada dasarnya menarik, ia mungkin tidak realistik.

“Apabila kita mengatakan kerajaan, kita bercakap mengenai eksekutif dan eksekutifnya termasuk peguam negara juga. Adakah peguam negara akan melakukan sesuatu seperti itu?

“Apa-apa jenayah akan berada di bawah bidang kuasa peguam negara. Di bawah Artikel 145, peguam negara yang boleh melakukan pendakwaan, menarik balik atau menangguhkannya. 

Fahri berkata mungkin tuntutan saman itu berjaya tetapi ia boleh menimbulkan persoalan mengenai dasar awam.

“Tindakan tort ialah apabila berlaku kesalahan sivil. Anda tunjukkan kerajaan bertanggungjawab menjaga, saya rasa mudah saja, kerajaan sudah pun melaksanakan semua itu, tetapi adakah berlaku pelanggaran undang-undang dalam menjalankan tugas?

“Saya rasa bahagian itu akan paling dipertikaikan kerana jika ada kewajipan menjaga, apa skop tugas itu dan apa standard yang sepatutnya dipenuhi?

“Saya rasa perkara itu akan dibantah,” katanya. – 26 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen