Polis Thailand tumpas sindiket dadah, sita aset 134 juta baht


Sebanyak 70,000 pil kuda dan 2 kilogram Methamphetamine dirampas dari sebuah sindiket pengedaran dadah di Yala dalam tiga operasi bersepadu yang bermula Selasa lepas. – Gambar EPA, 25 Jun, 2021.

POLIS Thailand berjaya merampas 70,000 pil kuda dan 2 kilogram Methamphetamine daripada sebuah sindiket pengedaran dadah di wilayah Yala dalam tiga operasi bersepadu yang bermula pada Selasa (22 Jun).

Ketua Polis Daerah Yala (Yala Regional Police chief) Mej Jen  Tinnakorn Rangmat berkata pihak berkuasa  turut menahan 19 individu dan berjaya menyita aset yang dianggarkan bernilai 134 juta baht (RM17.52 juta) milik anggota kumpulan itu.

Beliau menambah barangan yang disita termasuk kereta, motosikal, barangan kemas dan senjata api.

“Siasatan awal polis mendapati sindiket itu terlibat dalam penyeludupan dadah dan kes penggubahan wang haram,” katanya dalam satu sidang media hari ini. – Bernama, 25 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen