IOC puji persiapan Olimpik musim sejuk Beijing


Penonton ditayangkan dengan model memaparkan tempat-tempat kejohanan temasya itu akan diadakan. Hari ini, Beijing berkata, negar akomunis itu bukan sahaja berjaya menarik penyertaan sehingga 300 juta penduduk dalam sukan musim sejuk malah berupaya mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta menyumbang kepada pembangunan jangka panjang. – Gambar EPA, 25 Jun, 2021.

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu laporan baru-baru ini memuji persediaan China menjelang temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.

China bukan sahaja berjaya menarik penyertaan sehingga 300 juta penduduk dalam sukan musim sejuk malah berupaya mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta menyumbang kepada pembangunan jangka panjang.

Menurut IOC, temasya itu turut menjadikan Beijing antara destinasi pelancongan sukan musim sejuk kepada pelancong dalam dan luar negara.

Difahamkan, Pusat Ski Gunung Tinggi dan Pusat Kereta Salji yang terletak di daedah Yanqing, Beijing akan menjadi destinasi pelancongan sukan musim sejuk selepas temasya Olimpik berakhir.

Gelanggang pertandingan di bandar Zhangjiakou pula, sejak awal pembinaannya, reka bentuknya mengambil kira untuk kegunaan  pelancong sama ada pada musim panas atau sejuk.

Menyentuh mengenai penyediaan pekerjaan baharu kepada penduduk setempat, laporan itu memberitahu bahawa bandar Zhangjiakou menjadi contoh untuk usaha pembasmian kemiskinan ketika pelaksanaan persiapan temasya tersebut.

Setakat penghujung 2019, kadar penduduk miskin menurun daripada 30.24 peratus kepada 0.39 peratus manakala, kadar kemiskinan pula menurun daripada 0.038 peratus daripada 16.81peratus pada 2015 di daerah Chongli.

Pada tempoh sama, resort ski dan hotel yang telah dibina di Chongli memberikan peluang pekerjaan kepada hampir 2,000 orang.

Menurut IOC lagi, langkah Beijing yang mengutamakan sistem lalu lintas berkarbon rendah turut menyumbang kepada matlamat China iaitu mencapai puncak pelepasan karbon dan neutral karbon masing-masing menjelang 2030 dan 2060. – Bernama, 25 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen