Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari


Tentera berkawal menjaga abu bekas presiden Filipina Benigno Aquino III di Heritage Park di Taguig, Manila semalam. – Gambar EPA, 25 Jun, 2021.

FILIPINA akan berkabung selama 10 hari bermula semalam susulan kematian bekas presiden Benigno “Noynoy” Aquino III.

Jurucakap presiden Harry Roque dalam satu kenyataan pada malam tadi berkata sepanjang tempoh itu bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.

Upacara pengebumiannya akan dilakukan pada Sabtu di Manila Memorial Park.

Bekas presiden itu disahkan meninggal dunia pada 6.30 pagi Khamis akibat komplikasi diabetes.

Beliau menjadi presiden ke-15 Filipina dari 2010 hingga 2016. – Bernama, 25 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen