6 maut helikopter tentera terhempas di Filipina


Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana berkata tiga juruterbang dan tiga anggota tentera maut selepas sebuah helikopter Black-Hawk S-70i terhempas di utara Manila pada Rabu malam. – Gambar AFP, 24 Jun, 2021.

ENAM terbunuh selepas sebuah helikopter Black-Hawk S-70i terhempas di utara Manila pada Rabu malam, kata Tentera Udara Filipina (PAF) pada Khamis, lapor Xinhua.

“Setakat ini, tiada mangsa yang selamat. Identiti mangsa akan diumumkan selepas pihak kami dapat menghubungi keluarga mangsa,” kata PAF dalam satu kenyataan.

Helikopter itu dilaporkan terhempas kira-kira 10 malam waktu tempatan ketika melakukan penerbangan latihan beberapa batu dari pangkalan udara di Capas, wilayah Tarlac, kata PAF.

Dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana berkata “tiga juruterbang dan tiga anggota tentera maut” dalam nahas udara itu. Helikopter malang itu dipercayai terhempas di sekitar Lembah Crow di wilayah, Tarlac.

PAF berkata siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – Bernama, 24 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen