Lebih 15 juta botol air zamzam diedar di Masjidil Haram


Pihak Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, mengagihkan lebih 15 juta botol air zamzam kepada pengunjung Masjidil Haram. – Gambar AFP, 24 Jun, 2021.

PENGURUSAN Hal Ehwal Dua Masjid Suci, mengedarkan lebih 15 juta botol air zamzam sejak ibadah umrah dibenarkan semula.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pihak pengurusan turut memanfaatkan teknologi untuk melayani pengunjung Masjidil Haram dengan menyediakan robot pintar bagi mengedarkan botol air zamzam. 

Robot itu mampu mengedarkan 30 botol air zamzam dalam tempoh 10 minit dan ia boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa campur tangan manusia, berhenti hanya 20 saat untuk mengisi botol. 

Selain itu, air zamzam turut diedarkan oleh petugas sambil menggalas beg sandang.

Sampel air juga akan diambil setiap hari untuk diperiksa bagi memastikan kualiti air yang diedarkan bagi menjamin keselamatan jemaah. 

Paip air automatik untuk air zamzam turut disediakan. – Bernama, 24 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen