Dikenakan PKPD, penduduk Desa Rejang mengadu kekurangan bekalan makanan


Elill Easwaran

PPR Desa Rejang dikenakan PKPD bermula 18 Jun hingga 1 Julai selepas merekodkan kes Covid-19 yang tinggi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 23 Jun, 2021.

KIRA-kira 16,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berdepan masalah kekurangan bekalan makanan berikutan jumlah penduduk yang ramai di 12 blok bangunan kediaman itu.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, bekalan makanan tidak mencukupi walaupun menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kumpulan masyarakat sivil.

Seorang penduduk, Siti Salwah berkata kumpulan masyarakat sivil hanya membekalkan 100 hingga 200 paket makanan dalam satu masa yang mana ia tidak mencukupi untuk 16,000 penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya bersyukur dengan bekalan yang diberikan oleh kumpulan masyarakat sivil namun tidak semua yang akan menerimanya.

“Terdapat 12 blok di sini dan setiap blik mempunyai ketua yang akan membawa turun nama mereka yang terdesak untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Beliau kemudian akan mengagihkan bekalan kepada mereka sebaik sahaja menerima bantuan daripada kumpulan terbabit atau Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya yang berusia 35 tahun.

Desa Rejang dikenakan PKPD bermula 18 Jun hingga 1 Julai selepas merekodkan kes Covid-19 yang tinggi. Setakat 22 Jun, 345 kes positif Covid-19 direkodkan dalam kluster ini, dengan kadar positiviti 7.52%. 

Seorang lagi penduduk, Yusof Ibrahim yang mempunyai ahli keluarga tinggal bersamanya berkata bekalan makanan yang diterima hanya bertahan untuk dua hingga tiga hari sahaja.

“Bekalan yang kami terima hanya ikan sardin dalam tin, beras, tepung, garam dan gula. 

“Kami harap untuk dapat makanan segar seperti ayam dan ikan kerana saya ada anak-anak yang perlukan protein dalam makanan mereka,” katanya.– 23 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen