Polis Hong Kong tahan kolumnis akhbar Apple Daily


Apple Daily dikenali sebagai akhbar prodemokrasi yang lantang mengkritik kerajaan China. – Gambar EPA, 23 Jun, 2021.

POLIS Hong Kong menahan seorang kolumnis Apple Daily di bawah undang-undang keselamatan, beberapa hari selepas pejabat akhbar prodemokrasi itu diserbu dan lima eksekutif termasuk ketua pengarangnya ditahan.

Polis juga berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan negara asing atau unsur luar untuk mengancam keselamatan negara.

Sumber polis memberitahu AFP, kolumnis terbabit menggunakan nama pena “Li Ping”.

Penahanan Li Ping menyusuli serbuan ke atas ibu pejabat Apple Daily, yang berisiko ditutup selepas aset akhbar itu bernilai HK$18 juta (RM9.64 juta) dibekukan.

Apple Daily dimiliki jutawan Jimmy Lai dan dikenali sebagai akhbar yang lantang mengkritik kerajaan China. – AFP, 23 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen