AS sekat laman web berita Iran


AS sekat dua laman web berita Iran, Press TV dan Al-Alam serta saluran televisyen Al-Masirah milik pemberontak Houthi, Yaman. – Gambar AFP, 23 Jun, 2021.

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyekat dua laman web berita Iran, Press TV dan Al-Alam serta saluran televisyen Al-Masirah milik pemberontak Houthi, Yaman, dalam kenyataan disiarkan di laman web itu semalam.

Kedua-dua laman itu hanya memaparkan halaman dengan tertera “laman web ini disekat kerajaan AS” sambil merujuk kepada undang-undang sekatan AS berserta logo Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Perdagangan AS.

Press TV adalah stesen penyiaran berbahasa Inggeris utama di Iran, dan Al-Alam penyiar berita utama berbahasa Arab.

Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB), stesen penyiaran induk Al-Alam melaporkan domain laman web lain, termasuk stesen penyiaran dikendalikan Palestin, Palestin-Al Youm dan saluran agama dan budaya berbahasa Arab juga disekat.

Domain laman sesawang yang terikat dengan kumpulan disokong Iran di Iraq dan Hizbullah, Lubnan, juga diesakt dengan arahan Jabatan Kehakiman AS.

IRIB menuduh AS menghalang kebebasan bersuara dan bergabung dengan Israel dan Arab Saudi untuk menyekat saluran media pro-penentang yang mendedahkan jenayah sekutu AS di wilayah Asia Barat.

Jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Press TV, berkata beliau enggan mengulas dan meminta wartawan Jabatan Kehakiman AS akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Stesen TV LuaLua Bahrain saluran yang dikendalikan kumpulan pembangkang dengan pejabatnya berpangkalan di London dan Beirut juga ditutup, menurut wartawan AFP di wilayah itu.

Di Yaman, pemberontak Houti menerusi laman web sayap politiknya, mengutuk tindakan sekatan oleh AS itu. – AFP, 23 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen