SEORANG wanita Singapura yang kelaparan, menyerang dan membunuh pembantu rumahnya telah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada Selasa, dengan hakim menggambarkan kes itu sebagai “antara jenis pembunuhan yang paling keji”.
Republik itu menempatkan lebih kurang 250,000 pembantu rumah, kebanyakannya berasal dari negara-negara miskin Asia, malah kisah penganiayaan sudah menjadi perkara biasa.
Bagaimanapun penderaan yang ditimbulkan terhadap warga Myanmar Piang Ngaih Don, 24, sangat mengerikan malah dirakam pula oleh CCTV yang dipasang di rumah keluarga itu.
Pembantu rumah itu dicekik, dipijak, dipukul dengan penyapu dan dikenakan dengan seterika panas, menurut menurut dokumen mahkamah.
Pembantu rumah itu mati pada Julai 2016, setelah majikannya, Gaiyathiri Murugayan, berulang kali menyerangnya selama beberapa jam.
Pada Februari, Gaiyathiri, 41, mengaku bersalah terhadap 28 pertuduhan termasuk membunuh. 87 pertuduhan lain turut diambil kira ketika hakim menjatuhkan hukuman.
Dia muncul di mahkamah pada Selasa dengan memakai kacamata dan pelitup muka berwarna hitam, dan duduk diam dengan mata tertutup dan kepala tertunduk ketika hakim membaca keputusannya.
Selepas mendengar permohonan rayuan tambahan dikemukakan oleh Gaiyathiri dalam usaha untuk mengelakkan hukuman seumur hidup yang dijatuhkan oleh pihak pendakwaan, Hakim See Kee Oon menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2016.
Hakim menyebut “kekejian atas tindakan mengerikan tertuduh” dalam hukumannya, yang katanya akan memberi isyarat “kemarahan masyarakat” atas kejahatannya itu.
Tetapi dengan mempertimbangkan gangguan kompulsif obsesif Gaiyathiri selain kemurungan yang dia alami selepas dia melahirkan anaknya, See berkata beliau tidak menyangka hukuman penjara seumur hidup “adil dan sesuai”.
Pihak pendakwaan memohon rayuan dari dihukum mati setelah mengambil kira kesihatan mentalnya.
Pembantu rumah itu diambil bekerja oleh Gaiyathiri dan suaminya, seorang pegawai polis, pada 2015 untuk membantu menjaga anak perempuan mereka yang berusia empat tahun dan anak lelaki mereka yang berusia setahun.
Tetapi Gaiyathiri menyerang mangsa secara fizikal hampir setiap hari, dengan ibunya yang berusia 61 tahun kadang-kadang turut memukul, menurut dokumen mahkamah.
Pembantu rumah itu, yang telah bekerja dengan keluarganya selama lebih dari setahun pada ketika kematiannya, hanya dibenarkan tidur selama lima jam setiap malam, dan terpaksa mandi dengan pintu terbuka.
Dengan makanan yang sangat sedikit, mangsa kehilangan sekitar 38 peratus berat badannya sepanjang bekerja, dan beratnya hanya 24 kilogram (53 paun) pada saat kematiannya.
Peguam Gaiyathiri Joseph Chen telah meminta hukuman lapan hingga sembilan tahun, dengan alasan tekanan telah mengubah ibu itu menjadi pendera.
Beliau berpendapat hukuman keras akan menghalang kaum ibu jika berhadapan keadaan sama – hujah yang ditolak oleh pihak pendakwa. – AFP, 22 Jun, 2021.
Komen