TENTERA Myanmar bertempur dengan militin awam antijunta dengan senjata kecil dan bom tangan di bandar kedua negara itu pada Selasa, dengan empat penunjuk perasaan terbunuh dan beberapa anggota keselamatan cedera, kata pihak berkuasa.
Pertempuran telah merebak di Myanmar sejak rampasan kuasa pada Februari ketika rakyat membentuk pasukan pertahanan untuk memerangi tindakan tentera yang kejam, namun sebahagian besar pertempuran hanya terbatas di kawasan luar bandar.
Bertindak berdasarkan maklumat, pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah di Chan Mya Tharsi di Mandalay pada pagi Selasa, kata pasukan maklumat junta dalam satu kenyataan.
Pasukan tentera itu juga diserang dengan senjata api dan bom tangan.
“Beberapa anggota keselamatan cedera parah” dalam pertempuran berikutnya, kata kenyataan itu, menambah empat “pengganas” terbunuh dan lapan ditangkap memiliki periuk api buatan sendiri, bom tangan dan senjata api kecil.
Pemberontakan besar-besaran terhadap tentera yang menggulingkan pemimpin Aung San Suu Kyi telah mengakibatkan tindakan keras, membunuh lebih 870 orang awam setakat ini, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan.
Para pejuang sambilan sendiri tahu kemungkinan akan dikalahkan oleh tentera Myanmar dalam pertempuran yang merupakah antara terganas dan dahsyat di Asia Tenggara. – AFP, 22 Jun, 2021.
Komen