Kadar kebolehjangkitan naik kepada 0.97, kata KP kesihatan


Ragananthini Vethasalam

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) naik kepada 0.97 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Negeri Sembilan satu-satunya negeri yang melaporkan Rt melepasi 1.0 iaitu 1.05, manakala Johor pula melaporkan 1.0, katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Negeri-negeri lain melaporkan bacaan di bawah 1.0.

RT, yang berada pada 0.90 pada 12 Jun lalu, meningkat kepada 0.94 pada 15 Jun lalu.

Ia kemudian turun kepada 0.93 pada hari berikut sebelum ia naik kembali menjadi 0.95 pada 17 Jun.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 5,293 kes baharu Covid-19 dengan 60 kematian.

Sebanyak 5,941 kes pulih juga dilaporkan semalam. – 21 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen