PELAKON terkenal Angelina Jolie pada Ahad mengadakan lawatan ke sebuah kem pelarian di Burkina Faso, yang menempatkan ribuan rakyat Mali yang melarikan diri dari keganasan di wilayah itu.
Jolie mengunjungi kem di Goudebou, di timur laut negara Afrika barat, sebagai duta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Jolie tiba dengan helikopter diiringi Menteri Luar Burkina Faso, Alpha Barry untuk majlis sempena Hari Pelarian Sedunia.
“Saya ingati hari ini setiap tahun sejak 20 tahun bersama pelarian di pelbagai negara,” katanya selepas lawatannya.
“Saya tidak pernah terlebih risau dengan keadaan penempatan pelarian di seluruh dunia seperti sekarang ini,” tambahnya.
“Sebenarnya, kita tidak buat walau setengah dari apa kit apatut buat untuk cari penyelesaian bagi membenarkan pelarian pulang ke tanah air mereka, atau menyokong negara yang menjaga mereka, seperti Burkina Faso, yang berhadapan dengan krisis bantuan kemanusiaan bagi menjaga dan melindungi mereka.”
Serangan pada Mac tahun lalu memaksa sekitar 9,000 pelarian berlindung di sana walaupun ada serangan sebelumnya, untuk melarikan diri.
Sejak Disember, pihak berkuasa Burkina Faso dan UNHCR telah memindahkan para pelarian di sana, setelah meningkatkan keamanan di kem tersebut.
Kini terdapat lebih banyak tentera ditempatkan di situ.
Antara Disember dan Julai, hampir 11,000 orang dari bandar-bandar di utara Burkina Faso telah kembali ke Goudebou, kata UNHCR.
“Para pelarian takut kerana keamanan semakin merosot dari hari ke hari walaupun ada usaha pihak berkuasa Burkina Faso, sekutu mereka dan pasukan pertahanan dan keselamatan di wilayah Sahel,” kata Wanadine ag Mohamed, wakil pelarian Goudebou. – AFP, 21 Jun, 2021.
Komen