Israel kawal eksport pertanian di Gaza


Petani Palestin di Gaza kini berhadapan sekatan masalah ekoran campur tangan Israel mengawal eksport hasil mereka. Sekatan tambahan sejak keganasan rejim itu bulan lalu telah menyebabkan para petani Gaza tidak dapat mengeksport hasil mereka seperti biasa. – Gambar AFP, 21 Jun, 2021.

ISRAEL pada Ahad berkata ia akan mengawal eksport terhad hasil pertanian dari Gaza, sebulan selepas gencatan senjata dengan Hamas bagi mengakhiri konflik 11 hari.

Wilayah Gaza yang menempatkan lebih kurang dua juta penduduk Palestin telah berada di bawah sekatan Israel sejak 2007.

Sekatan tambahan sejak keganasan rejim itu bulan lalu telah menyebabkan para petani Gaza tidak dapat mengeksport hasil mereka seperti biasa, membuatkan harga tomato dan strawberi jatuh.

“Eksport hasil pertanian yang terhad dari Semenanjung Gaza” akan bermula pada Isnin, kata COGAT dalam satu kenyataan. COGAT merupakan badan tentera Israel yang menguruskan hal ehwal awam di wilayah Palestin.

Tambahnya “tindakan sivil ini, yang telah dipersetujui, bergantung pada kestabilan keamanan.”

Keperluan akan dibenarkan keluar dari Tebing Gaza melalui persimpangan Kerem Shalom.

Gencatan senjata yang mengakhiri serangan udara selama 11 hari oleh Israel dan roket yang ditembakkan dari Gaza berlaku pada 21 Mei.

Konflik itu mengorbankan 260 penduduk Palestin termasuk beberapa pejuang, menurut pihak berkuasa Gaza.

Di Israel, 13 orang terbunuh, termasuk seorang tentera, oleh roket yang ditembakkan dari Gaza, kata polis dan tentera.

Dalam beberapa hari ini, pelanggaran gencatan senjata telah melibatkan pejuang Palestin yang memicu kebakaran di kawasan ladang, menyebabkan Israel bertindak balas dengan membuat dua serangan udara. – AFP, 21 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen