9 kanak-kanak maut dalam nahas jalan raya di Alabama


SEMBILAN kanak-kanak dan seorang dewasa maut dalam kemalangan membabitkan 15 kenderaan di lebuh raya di Alabama ketika Taufan Claudette melanda tenggara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, kata pihak berkuasa.

Kemalangan berlaku di lebuh raya dekat bandar Greenville berkemungkinan berpunca dari permukaan jalan licin, kata Wayne Garlock, koroner di Butler County memberitahu AFP.

Media tempatan melaporkan mangsa yang maut dalam nahas membabitkan seorang lelaki dan anak perempuannya berusia sembilan bulan dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). 

Pemandu SUV berkenaan dikenal pasti sebagai Cody Fox, 29, pekerja pengurusan kecemasan dari Tennessee. Tunangnya turut cedera dalam nahas itu.

Lapan lagi yang maut adalah penumpang sebuah van, berusia empat hingga 17 tahun, dari sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Pemandu van itu bagaimanapun selamat, menurut laman web al.com.

“Ini mungkin kemalangan paling dahsyat dalam sejarah di Butler County,” kata Sheriff Danny Bond dipetik al.com .

Bond berkata kemalangan itu melibatkan sekurang-kurangnya dua trak 18 roda. Lima mangsa cedera dalam kemalangan itu, tambahnya. 

Kemalangan itu menyebabkan lalu lintas utara dan selatan di lebuh raya tergendala selama berjam-jam disebabkan namun dibuka semula semalam. – AFP, 21 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen