Emirates tarik balik sekatan penerbangan dari India 


SYARIKAT penerbangan Emirates akan meneruskan penerbangan dari India minggu depan, selepas Dubai menarik balik sekatan yang dikuatkuasakan ketika kes Covid-19 melonjak di negara itu. 

Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk Dubai, pada April menggantung semua penerbangan dari India—termasuk transit penumpang—daam usaha untuk mengekang penularan Covid-19. 

“Kita akan meneruskan bawa penumpang dari Afrika Selatan, Nigeria dan India bermula 23 Jun,” kata Emirates dalam satu kenyataan. 

Dubai pada Isnin berkata hanya penumpang dari India yang mempunyai visa sah dan menerima dua dos vaksin yang diluluskan UAE akan dibenarkan ke UAE. 

Mereka juga perlu memastikan ujian PCR negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas, melakukan ujian empat jam sebelum berlepas dan menjalani satu lagi ujian di institusi kuarantin sebaik sahaja di UAE dan dikuarantin sehingga keputusan diperolehi. 

Pihak berkuasa Dubai masih tidak menetapkan peraturan penumpang transit dan Emirates tidak menyatakan sama ada penumpang dibenarkan terbang ke negara ketiga menerusi Dubai. 

Menurut media tempatan, kira-kira 300 penerbangan beroperasi antara UAE dan India sebelum sekatan diumumkan pada April, menjadikan laluan penerbangan itu antara yang paling sibuk di dunia. – AFP, 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen