Brazil berdepan gelombang ketiga Covid-19 


Petugas kesihatan Brazil menyuntik vaksin Covid-19 kepada salah seorang penduduk di Rio de Janeiro.– Gambar EPA, 20 Jun, 2021.

BRAZIL berdepan gelombang ketiga penularan Covid-19 selepas merekodkan lebh 500,000 kes kematian. 

Kementerian Kesihatan Brazil melaporkan 500,800 kematian termasuk 2,301 dalam tempoh 24 jam lalu. 

Menteri Kesihatan Marcelo Queroga menerusi Twitter berkata jumlah kematian harian akibat Covid-19 melepasi 2,000 buat pertama kali sejak 10 Mei.

“Kini sudah masuk gelombang ketiga, sudah ada perubahan pada lengkuk jangkitan dan kematian,” kata pakar epidemiologi Universiti Espirito Santo, Ethel Maciel.

“Program vaksinasi kini sangat perlahan dan tiada tanda untuk langkah pencegahan lebih ketat.”

Di bandar raya besar negara itu, masyarakat menjalani kehidupan seperti biasa dengan restoran, bar dan kedai beroperasi dan ramai penduduk tidak memakai pelitup muka. 

Keadaan masih kritikal di 19 daripada 27 negeri di negara itu yang mana penggunaan katil di unit rawatan rapi melebihi kapasiti 80%.– AFP, 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen