Wanita PKR mahu tanding 20 kerusi Parlimen


Diyana Ibrahim Ravin Palanisamy

Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh Fuziah yakin kerusi Parlimen Ampang akan dapat dirampas semula oleh parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Jun 2021.

WANITA PKR mensasarkan 20 kerusi Parlimen untuk ditandingi pemimpin dari sayap parti itu dalam dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kata ketuanya Fuziah Salleh.

Beliau berkata keputusan meletakkan 20 calon itu bertepatan dengan matlamat parti itu yang mahu mengangkat lebih ramai wanita sebagai pemimpin.

“Kita tidak takut menampilkan lebih ramai lagi pemimpin wanita sekarang pemimpin wanita PKR mempunyai 11 kerusi dalam Dewan Rakyat, tapi satu kerusi itu telah dikhianati,” katanya.

Pengkhianatan itu merujuk kepada bekas ketua sayap tersebut Zuraida Kamaruddin yang menyertai bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali untuk membentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional.

Fuziah yakin kerusi Ampang itu akan dapat dirampas semula oleh PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tapi tak apam kita akan gantikan satu kerusi itu jadi pada PRU15 sasaran kita akan menang 20 ahli Parlimen wanita,” katanya semasa ucapan pengulungan di Kongres Tahunan PKR 2020.

Beliau turut menyatakan keyakinan semua calon ahli Parlimen itu akan menang dalam PRU15 berdasarkan prestasi yang ditonjolkan Wanita PKR.

Selain beliau sendiri yang mewakili kerusi Kuantan, Wanita PKR menguasai sembilan lagi kerusi termasuk yang diwakili bekas presiden Wan Azizah Wan Ismail di Pandan.

Bakinya diwakili Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Christina Liew (Tawau), Rusnah Aluai (Tangga Batu), June Leow( Hulu Selangor), Natrah Ismail (Sekijang) dan Azrina Suip (Merbok). – 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen