Presiden Israel akan lawat White House


Presiden Israel Reuven Rivlin dijadualkan akan melawat White House pada akhir Jun sebelum tamat penggalnya pada awal Julai. – Gambar AFP, 20 Jun, 2021.

PRESIDEN Israel Reuven Rivlin akan melawat White House pada 28 Jun untuk bertemu Joe Biden, rakan sejawatnya di AS, kata jurucakap pada Sabtu.

Rivlin yang penggalnya akan tamat pada 5 Julai, akan menjadi pegawai kanan pertama Israel yang bertemu dengan Biden yang mula mentadbir AS, Januari lalu.

Di Israel, jawatan presiden lazimnya bersifat keraian sahaja.

Rivlin menerima jemputan itu hujung Mei lalu ketika lawatan Setiausaha Negara AS Antony Blinken ke Israel dalam jelajah Timur Tengahnya.

Lawatan itu berlaku sebulan selepas lebih seminggu pertempuran hebat tercetus antara Israel dan Hamas yang mengawal Tebing Gaza. Keganasan itu mengorbankan 260 orang rakyat Palestin dan 13 orang rakyat Israel.

Pada awal Jun, Knesset atau Parlimen Israel memilih Isaac Herzog, bekas ketua Parti Buruh untuk mengganti Rivlin bermula awal Julai depan. – AFP, 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen