Lebih 164,000 vaksin disuntik semalam


Secara keseluruhannya, 5.67 juta dos sudah disuntik di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Jun, 2021.

164,282 dos vaksin Covid-19 disuntik semalam, hari kedua jumlah suntikan tidak mencapai sasaran harian sebanyak 200,000 dos.

Daripada jumlah itu, 128,400 adalah dos pertama dan 35,882 adalah dos kedua, menurut infografik dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter.

Secara keseluruhannya, 5.67 juta dos sudah disuntik di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini.

Daripada jumlah itu, 4.08 juta atau 12.5% menerima dos pertama, dan 1.59 juta orang sudah menerima kedua-dua dos.

Infografik JKJAV tidak menyertakan peratusan populasi yang sudah menerima dos kedua, tetapi berdasarkan angka diberikan ia berada pada tahap 4.86%. – 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen