Ratu Elizabeth melawat Royat Ascot


Ratu Elizabeth II melawat gelanggang perlumbaan kuda, Royal Ascot buat pertama kali selepas kemangkatan Putera Philip. – Gambar AFP, 20 Jun, 2021.

RATU Elizabeth II melawat Royal Ascot tanpa mendiang suaminya, Putera Philip, buat pertama kali pada Sabtu.

Ratu berusia 95 tahun itu tiba menaiki limosin dan disambut kumpulan pancaragam tentera yang memainkan lagu kebangsaan.

Hadiran bersorak sebaik baginda keluar dari kereta di perhimpunan yang sering dikunjunginya itu.

Waris kepada takhta, Putera Charles dan isterinya Camilla turut hadir perhimpunan itu awal minggu ini dengan Puteri Anne mengambil alih tugas ibunya.

Keluarga diraja itu menonton perlumbaan lumba kuda itu sepanjang minggu dari Istana Windsor yang terletak berhampiran.

Pengurusan perlumbaan John Warren berkata baginda memulakan rutin hariannya dengan membaca Racing Post dan mengambil tahu semua jenis baka kuda yang memenangi perlumbaan.

Ratu mempunyai beberapa ekor kuda yang berlumba untuk setiap perlumbaan, antaranya Reach For The Moon untuk perlumbaan pembukaan.

Baginda turut menang beberapa perlumbaan sejak beberapa dekad lepas, paling utama adalah pada 2013 apabila kudanya, Estimate memenangi Piala Emas Ascot, piala utama perlumbaan itu. – AFP, 20 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen