BAKAL presiden Iran Ebrahim Raisi wajar disiasat atas dakwaan jenayah kemanusian dan melakukan pencabulan hak asasi, kata Amnesty International.
Pertubuhan hak asasi dunia itu menuduh Ebrahim melakukan pembunuhan, bertanggungjawab atas kes kehilangan dan mendera tahanan.
Ulama ultrasonservatif Iran, Ebrahim bakal menjadi presiden baharu selepas memenangi pilihan raya presiden. – Gambar EPA, 19 Jun, 2021.
Amnesty berkata Ebrahim merupakan ahli ‘Suruhanjaya Kematian’ yang didakwa melakukan hukuman secara rahsia ke atas ribuan tahanan propembangkang pada 1998 ketika beliau berkhidmat sebagai timbalan pendakwaraya.
Ebrahim bagaimanapun menafikan tuduhan itu ketika ditemuramah media pada 2018.
Amnesty berkata nasib atau lokasi mangsa masih tidak diketahui sehingga hari ini.
Malah kata pertubuhan itu Ebrahim melakukan jenayah kemanusiaan ketika berkhidmat sebagai ketua hakim dalam tempoh dua tahun lalu.
Katanya beliau bertanggungjawab atas penahanan ratusan penunjuk perasaan, aktivis hak asasi dan kumpulan minoriti.
Amnesty menggesa anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu hak asasi di Iran. – AFP, 19 Jun, 2021.
Komen