Beberapa cedera ketika polis Perancis cuba halang pesta haram


Beberapa orang berdiri di tepi jalan selepas polis menghentikan sebuah pesta haram yang melanggar perintah berkurung di Perancis. Beberapa orang cedera ketika pihak berkuasa Perancis cuba menyuraikan pesta haram yang diadakan sempena ulang tahun kematian seorang lelaku dalam pesta tahunan Fete de la Musique dua tahun lalu. – Gambar AFP, 19 Jun, 2021.

LIMA pegawai polis cedera semalam di barat Perancis apabila mereka cuba menyuraikan sebuah pesta haram yang disertai lebih 1,500 orang, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Melanggar perintah berkurung 11 malam, kumpulan itu dikatakan cuba mengadakan pesta di trek lumba kuda berhampiran Redon di Brittany, Perancis.

Terdapat “pertempuran ganas” ketika 400 polis campur tangan, kata pegawai tempatan Emmanuel Berthier.

Dua daripada anggota polis yang cedera terpaksa dibawa ke hospital di Redon, kata Berthier.

Pegawai lain memberitahu AFP kumpulan itu melemparkan “koktail molotov dan benda-benda lain”.

“Sudah tidak ada muzik sejak malam tadi,” tetapi “orang yang ambil bahagian dalam pesta haram itu masih ada di tempat kejadian,” kata pegawai kepada AFP pada Sabtu pagi.

Pihak berkuasa tempatan pada Jumaat telah mengeluarkan perintah undang-undang terhadap pihak tersebut, yang datang dua hari sebelum perintah berkurung koronavirus ditarik semula ketika jumlah kes Covid-19 menurun di Perancis.

Pesta itu dibuat bagi mengenang kematian seorang lelaki berdekatan Nantes dua tahun lalu ketika pesta tahunan Fete de la Musique di seluruh Perancis.

Steve Maia Canico jatuh ke sungai Loire ketika polis cuba menyuraikan perhimpunan itu. – AFP, 19 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen