Pembunuh 'Mississippi Burning' mati dalam penjara


Edgar Ray Killen meninggal dunia pada usia 92 tahun pada Khamis. – Gambar EPA, 13 Januari, 2018.

SEORANG pemimpin Klu Klux Klan yang disabitkan dalam kejadian pembunuhan tiga pekerja hak asasi yang diabadikan dalam filem “Mississippi Burning”, meninggal dunia di dalam penjari hari ini.

Edgar Ray Killen menjalani hukuman penjara 60 tahun kerana mengetuai pembunuhan pada 1964 itu di selatan Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian dari usaha mendaftar pengundi kulit hitam.

Kes tersebut telah mencetuskan pendapat awam terhadap pemisahan dan membantu terbentuknya Akta Hak Awam. Ia juga memberi inspirasi kepada penghasilan filem “Mississippi Burning” yang memenangi anugerah Oscar pada 1988.

Killen meninggal dunia pada usia 92 tahun Khamis lalu.

Dia dituduh mengarahkan pembunuhan tiga pekerja politik - dua lelaki kulit putih dan seorang lelaki kulit hitam.

James Chaney, Andrew Good man dan Michael Schwerner awalnya hilang selepas ditangkap polis dan kemudian dibebaskan.

Timbalan sherif yang menangkap mereka telah memaklumkan kepada kumpulan Klan, dan Killen kemudiannya mengaturkan kumpulan KKK untuk menyerang ketiga-tiga lelaki tersebut.

Kehilangan mereka turut dibantu FBI.

Seminggu selepas itu, mayat mereka ditemui di sebuah ladang. Kedua-dua lelaki kulit putih ditembak dari jarak dekat, sementara lelaki kulit hitam dipukul sehingga mati.

Terlepas hukuman selama hampir empat dekad, namun akhirnya pada 2015, kes itu dibuka semula dan Killen dihukum penjara. Dia satu-satunya dalang pembunuhan itu yang disabitkan tuduhan membunuh. – AFP, 13 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen