AS peruntuk AS$3.2 bilion bangunkan pil antiviral


Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat Anthony Fauci berkata antiviral adalah pelengkap penting untuk vaksin yang ada terutama bagi individu berisiko tinggi. – Gambar EPA, 18 Jun, 2021. 

PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam mengumumkan rancangan peruntukan AS$3.2 bilion untuk mempercepatkan pengembangan dan penemuan rawatan antiviral terhadap Covid-19.

Rancangan ini dinamakan Program Antiviral untuk Pandemik dan dananya disalurkan dari Pelan Kecemasan Amerika bernilai AS$ 1.9 trilion yang diluluskan oleh Kongres pada Mac.

“Antiviral adalah pelengkap penting untuk vaksin yang ada terutama bagi individu berisiko tinggi,” kata Anthony Fauci, Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat itu kepada wartawan.

Ubat antiviral juga dapat bertindak sebagai garis pertahanan penting terhadap varian kebimbangan yang muncul.

Rancangan ini akan membantu mempercepat ujian klinikal untuk pil antiviral oral yang kini dalam pelbagai peringkat perkembangan seperti molnupiravir Merck dan usaha dari Pfizer dan Atea-Roche.

Rancangan ini bagi menghentikan penyakit dari terus ke tahap yang teruk.

Program ini bukan sahaja untuk melawan koronavirus dan varian yang lebih luas tetapi virus lain yang diyakini memiliki potensi pandemik. – AFP, 18 Jun, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen