Jerman buka sempadan kepada warganegara bukan EU


Kerajaan Jerman semalam mengumumkan akan membuka semula sempadannya akhir bulan ini kepada warganegara bukan EU yang sudah menerima vaksin Covid-19. – Gambar EPA, 18 Jun, 2021.

JERMAN akan membuka semula sempadannya akhir bulan ini kepada warganegara bukan EU yang sudah menerima vaksin Covid-19, umum kerajaan semalam.

Bermula pada 25 Jun, warganegara bukan EU boleh memasuki Jerman dengan apa sahaja alasan seperti pelancongan atau menyambung pelajaran di universiti, kata kementerian dalam negeri.

Ketika ini hanya mereka yang mempunyai sebab tertentu dibenarkan memasuki negara ini.

Tetapi pelancong perlu mendapatkan vaksin penuh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba ke negara ini dengan vaksin yang diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah.

Bagaimanapun, pelancong dari negara-negara yang terjejas teruk akibat Covid-19 akan dilarang memasuki negara ini.

Jerman mencatatkan penurunan mendadak kes Covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP, 18 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen