924 pesakit Covid-19 di ICU, kata Kementerian Kesihatan


Noel Achariam

JUMLAH pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) terus meningkat, hari ini bertambah menjadi 924 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka itu meningkat sejak 5 Mei lalu, dengan 453 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam tempoh 24 jam yang lepas setakat tengah hari tadi.

5,150 kes jangkitan baharu turut direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini kepada 673,026.

Pada masa sama, 73 orang lagi meninggal dunia menjadikan keseluruhan korban Covid-19 kini 4,142 orang.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, Selangor (1,914) dan Kuala Lumpur (480) menyumbang 40% daripada jumlah kes hari ini.

Negeri lain yang turut merekodkan jumlah kes jangkitan baharu yang tinggi hari ini adalah Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Johor (392), Kelantan (230) dan Kedah (228).– 16 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen