Taj mahal dibuka semula kepada pelancong 


TAJ Mahal dibuka semula kepada pelancong pada Rabu, ketika pihak berkuasa India melonggarkan sekatan pergerakan susulan lonjakan kes Covid-109 d negara itu.

Lonjakan kes jangkitan dan kematian direkodkan pada April dan Mei, sekali gus menjejaskan perkhidmatan kesihatan di beberapa kawasan. 

Namun kes mula menurun sejak beberapa minggu lalu, dengan beberapa bandaraya utama termasuk New Delhi dan Mumbai mula melonggarkan sekatan. 

Di Agra yang menempatkan Taj Mahal, pemandu pelancong, peniaga mula kelihatan selepas bangunan tarikan pelancong itu mula dibuka pada Rabu. 

Ia mula ditutup pada Mac tahun lalu dan dibuka pada September namun ditutup semula pada April. 

Pihak berkuasa mengehadkan jumlah pengunjung kepada 650 orang sehari. 

Pengunjung juga tidak dibenarkan menyentuh makam mar-mar. 

Kebanyakan pengunjung tetap teruja melawat bangunan bersejarah itu.

“Saya sangat gembira dapat berkunjung ke sini dan melihat sendiri keindahan Taj Mahal.

“Saya menangi ketika melihatnya buat kali pertama dan ia pengalaman yang sangat istimewa,” kata pelancong dari Brazil, Melissa Dalla Rosa, 40. 

Sementara itu, peniaga Lucky Feizan, 20 berkata sekatan pergerakan memberi kesan kepada peniaga yang bergantung kepada Taj Mahal sebagai sumber pendapatan. 

“Ini merupakan gelombang kedua penularan Covid-19. Jika berlaku gelombang ketika, saya mungkin terpaksa tutup perniagaan,” katanya kepada AFP. 

Pada Selasa, India merekodkan 62,224 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, yang merupakan penurunan berbanding 400,000 sehari pada April dan Mei. – AFP, 16 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen