Penganggur dakwa dipukul dalam tahanan


Elill Easwaran

Peguam Joseph, Ganesh Kanagaretnam (tengah) berkata laporan perubatan itu selari dengan dakwaan Joseph dipukul. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Jun, 2021.

SEORANG bekas pengurus bengkel kereta mendakwa telah didera oleh tujuh pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada 9 Jun lalu.

Joseph Prakash, 43 mendakwa para pegawai telah menekan lehernya hingga dia sukar bernafas.

Dia berkata demikian dalam sidang media hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Anbalagan Arumugam mengesahkan laporan itu namun enggan mengulas lanjut.

Isteri Joseph, Sumathi Tamil Vanan, 38, telah membuat laporan polis.

Sumathi pada mulanya pergi ke balai polis untuk membuat laporan terhadap Joseph kerana penderaan rumah tangga.  Suaminya kemudian pergi ke balai polis Serdang untuk membuat laporan balas.

Joseph Parkash menunjukkan tempat dia ditendang dan ditumbuk oleh beberapa anggota polis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Jun, 2021.

Dia kemudian diminta naik ke tingkat dua di mana mereka mengarahkannya duduk di sudut.

Setelah beberapa jam Joseph tidak pulang, Sumathi pergi ke balai polis dan diberitahu dia berada di tingkat dua.

Dia cuba bercakap dengan Joseph di tingkat dua, namun pegawai mengarahkan dia diam dan bila dia tidak ikut arahan, mereka memukulnya.

Menurut laporannya, Joseph ditumbuk di muka dan ditendang di dada.

Joseph Parkash menunjukkan laporan perubatan ketika ditemui wartawan di Seputeh, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Jun, 2021.

Pada 10 Jun semasa dalam perjalanan ke mahkamah Joseph mendakwa dia diugut oleh para pegawai untuk tidak mendedahkan bahawa dia dipukul.

Tetapi dia tidak mengendahkan ugutan polis itu dan memberitahu mahkamah dia dipukul dalam tahanan. Mahkamah kemudian memerintahkan supaya dia diperiksa.

Peguam Joseph, Ganesh Kanagaretnam berkata laporan perubatan itu selari dengan dakwaan Joseph dipukul.

“Pegawai yang terlibat dalam kejadian ini patut didakwa dengan segera,” katanya.

Awal bulan ini, pemandu lori Umar Faruq Abdullah meninggal dunia di ibu pejabat polis daerah Klang Selatan, menjadikan ia kes ketiga kematian dalam tahanan dilaporkan dalam dua minggu.

Polis berkata Umar melompat dari tingkat dua bangunan itu di mana dia ditahan reman sejak rabu berhubung kes kecurian silinder gas.

Dalam satu laporan awal berkata Umar, digari dengan tangan di belakang badan, dipindahkan dari tingkat tiga ke tingkat satu bangunan itu.

Dia melompat dari tingkap tingkat dua ketika bergelut dengan seorang anggota polis yang memegangnya kerana dia cuba melarikan diri. – 15 Jun, 2021.

Joseph Parkash menunjukkan tempat dia ditendang dan ditumbuk oleh beberapa anggota polis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen