Polis siasat peguam didakwa hina ketua hakim


POLIS sedang menyiasat seorang peguam kanan yang dikatakan membuat kenyataan tidak senonoh terhadap badan kehakiman, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat oleh pegawai khas kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat terhadap peguam berkenaan pada 7 Jun lalu.

“Kami telah buat siasatan dan setakat ini kami ada empat kenyataan saksi,” kata Wan Kamarul kepada Free Malaysia Today.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 504 undang-undang yang sama kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Kedua-dua kesalahan tersebut boleh membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Polis juga sedang menyiasat kejadian tersebut mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana didakwa menggunakan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian yang membawa denda RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Menurut laporan itu, peguam itu didakwa mengirim beberapa pesanan teks kepada klien asing, dengan merujuk kepada ketua hakim. - 15 Jun 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen