PENGERUSI Parti Patriotik Turki, Dogu Perincek menyifatkan penubuhan Republik Rakyat China sebagai antara pencapaian signifikan yang dicatatkan negara itu.
Ketika ditemu ramah Kumpulan Media China (CMG), beliau menganggap hubungan rapat pemerintah dengan rakyat antara kunci yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.
Katanya, tatkala dunia terdedah kepada pelbagai cabaran serta ancaman, China tetap berusaha memelihara keamanan di samping bersama-sama membangunkan dunia.
“Prestasi negara itu khususnya dalam memerangi wabak Covid-19 menjadi teladan buat seluruh dunia,” tambah beliau.
Perincek telah melawat China sebanyak sepuluh kali sejak 1970-an.
Beliau berkata selain komited memperjuangkan kemakmuran bersama untuk seluruh rakyat, China juga sudi berkongsi pengalaman pembangunannya dengan negara lain ke arah mewujudkan kemajuan bersama. – Bernama, 14 Jun, 2021.
Komen