2 anak badak sumbu Jawa dikesan di Indonesia 


Badak sumbu Jawa merupakan spesis yang diancam kepupusan dan jumlahnya di habitat semula jadi semakin berkurangan akibat pemburuan haram dan oenerokaan hutan.– Gambar EPA, 14 Jun, 2021.

DUA anak badak sumbu Jawa dikesan di sebuah taman negara di Indonesia.

Penemuan itu sekali gus memberi harapan baharu memandangkan spesis badak berkenaan diancam kepupusan.

Pasangan anak badak berkenaan dianggarkan berusia antara tiga bulan hingga setahun, dikesan menerusi rakaman kamera pada Mac lalu di Taman Negara Ujung Kulon, kata kementerian alam sekitar negara itu.

Ujung Kulon yang terletak di kepulauan Jawa merupakan habitat terakhir badak sumbu Jawa.

Selepas populasinya menurun sejak beberapa tahun lalu, dianggarkan hanya 73 ekor haiwan berkenaan mendiami santuari seluas 5,100 hektar itu.

Badak sumbu Jawa memiliki lipatan kulit yang seakan perisai pada badannya.

Populasinya makin berkurangan selepas diancam pemburu haram serta tindakan manusia yang menceroboh habitat semula jadinya. – AFP, 14 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen