Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik kepada 0.91, kata KP kesihatan


Kadar kebolehjangkitan Covid-19 bagi seluruh negara naik kepada 0.91 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2021.

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) mengikut kes harian bagi seluruh negara naik kepada 0.91 semalam, berbanding 0.90 pada 12 Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jika mengikut pecahan negeri, Labuan mencatat Rt tertinggi dengan 1.12.

Manakala Sabah dan Negeri Sembilan mencatat Rt lebih 1.0, sementara Sarawak 1.0, menurut data yang dikongsikan Dr Noor Hisham di Facebook semalam.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 5,304 kes baharu Covid-19, dengan 64 kematian.

Jumlah kes aktif kini 73,324, manakala kes pulih 8,163.

Setakat semalam juga seramai 1,331,262 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 di bawah program imunisasi kebangsaan.

Ini menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,361,358 dos. – 14 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen