SEKURANG-KURANGNYA 12 orang terbunuh dengan lebih 100 lagi cedera dalam kejadian letupan saluran paip di kawasan kediaman di wilayah Hubei, China.
Usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah serpihan bangunan.
Rakaman video yang tular dan laporan Beijing News menunjukkan beberapa bangunan musnah teruk akibat kejadian itu.
Letupan itu berlaku pukul 6.30 pagi waktu tempatan dan punca kejadian masih lagi disiasat.
Insiden dalam perindustrian sering berlaku di China ekoran tahap keselamatan yang lemah dan gejala rasuah yang berlaku dalam penguatkuasaan.
Kejadian letupan itu berlaku sehari selepas lapan orang maut dan tiga lagi cedera selepas terhidu bahan toksik yang bocor di sebuah kilang kimia di bandar Guiyang. – AFP, 13 Jun, 2021.
Komen