14 cedera insiden tembakan di Texas


Polis sedang menyiasat tempat kejadian susulan insiden tembakan di pusat bandar Austin, Texas semalam, yang menyebabkan 14 cedera – Gambar AFP, 13 Jun, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 14 cedera dalam insiden tembakan di pusat bandar Austin, Texas semalam, menurut laporan CNN.

Pemangku ketua polis Austin Joseph Chacon pada sidang media berkata dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

“Enam dibawa ke hospital oleh Jabatan Polis Austin dan perkhidmatan kecemasan tempatan pula membawa empat mangsa lain manakala tiga lagi mangsa pergi ke hospital sendiri.

“Difahamkan, sebuah hospital menerima 11 mangsa untuk dirawat sementara tiga lagi mangsa dibawa ke hospital lain.

“Seorang lagi mangsa dirawat di wad kecemasan kerana mengalami luka akibat terkena tembakan,” katanya.

Polis sedang meneliti rakaman kamera daripada pelbagai sumber termasuk sistem kamera litar tertutup (CCTV) awam dan premis perniagaan untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku.

Pihak berkuasa juga tidak menolak pembabitan kumpulan penjenayah tetapi belum dapat memastikan motif kejadian tembakan itu.

Chacon berkata polis masih memburu suspek kes tembakan yang bermua sekitar 1.30 pagi di kawasan menempatkan pusat hiburan di bandar Austin itu.

“Berdasarkan maklumat awal polis, suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit hitam dan belum pasti sama ada hanya seorang terbabit atau ada ramai lagi.” – AFP, 13 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen