914 pesakit Covid-19 di ICU, 76 maut hari ini


Sejak 5 Mei, jumlah pesakit di ICU terus meningkat dengan 459 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan dalam 24 jam terakhir ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2021.

NEGARA hari ini merekodkan jumlah pesakit Covid-19 paling ramai di unit rawatan rapi (ICU) iaitu 914, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah terkini di ICU itu lebih dua kes berbanding semalam.

Sejak 5 Mei, jumlah pesakit di ICU terus meningkat dengan 459 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan dalam 24 jam terakhir ini.

Noor Hisham berkata, hari ini 76 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat Covid-19 seramai 3,844. – 12 Jun, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen