Akta antisekatan asing jamin hak, kepentingan pelabur luar, kata China


Warga China berbaris memasuki Museum Revolusi di Jinggangshan, China, pada 08 April lalu sempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China. – Gambar EPA, 12 Jun, 2021.

KELULUSAN Undang-undang Antisekatan Asing di China menyediakan iklim undang-undang yang boleh diramal dan iklim perniagaan yang mantap kepada pelabur asing di negara ini.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika ditanya sama ada undang-undang tersebut akan membawa kesan negatif kepada pelaburan asing.

Wang menambah, undang-undang tersebut diluluskan selepas mengumpulkan pandangan pelbagai sektor dan sejajar dengan keinginan rakyat negara ini. Ia selaras dengan Undang-undang Antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa.

Tegasnya, China mengalu-alukan syarikat asing melabur di China dan menjamin hak dan kepentingan mereka berasaskan undang-undang.

China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, menyediakan iklim perniagaan lebih baik untuk berkongsi peluang pembangunan negara ini dengan masyarakat antarabangsa. – Bernama, 12 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen