16 kluster baharu, 12 berkait tempat kerja


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata 16 kluster itu melibatkan 12 kluster tempat kerja, tiga kluster jangkitan komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2021.

NEGARA hari ini melaporkan 16 kluster baharu Covid-19 dalam 24 jam terakhir ini, menjadikan jumlah kluster aktif 755, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata 16 kluster itu melibatkan 12 kluster tempat kerja, tiga kluster jangkitan komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja hanya dilaporkan di tiga negeri, iaitu di Selangor (5), Johor (4) dan Sarawak (3).

Semua kluster tempat kerja di Selangor dikesan di kawasan perindustrian.

Sementara itu, Noor Hisham berkata kluster komuniti dikesan di Sabah, Kuala Lumpur dan Kelantan, sementara kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor.

16 kluster baharu seperti dilaporkan hari ini adalah:

Tempat kerja

1. Persiaran Industri Raja Lumu di Klang Selangor - 95 kes

2. Industri Jalan Bunga Cempaka Dua di Hulu Selangor dan Petaling, Selangor - 71 kes

3. Industri Sg Putus di Klang, Selangor - 52 kes

4. Industri Puchong Lima di Petaling, Selangor - 44 kes

5. Industri Jalan Batu Arang di Gombak dan Petaling, Selangor - 34 kes

6. Bukit Bakri di Muar, Johor - 25 kes

7. Jalan Tanjung A Tiga di Johor Bahru Johor - 19 kes

8. Jalan Renchong di Muar, Johor - 12 kes

9. Laman Satu di Johor Bahru, Johor - 10 kes

10. Sg Kakus di Tatau, Sarawak - 51 kes

11. Pekan Tatau Baru di Tatau, Sarawak - 27 kes

12. Semanok di Tatau, Sarawak - 7 kes

Kluster lain

13. Kopi Blues di Tawau, Sabah - 12 kes

14. Penchala di Kepong, Kuala Lumpur - 105 kes

15. Cabang Empat Chetok di Pasir Mas, Kelantan - 17 kes

16. Jalan Permatang Lapan di Johor Bahru, Johor - 18 kes.

Noor Hisham berkata, kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kluster 2,438, di mana 1,683 kluster telah berakhir. – 11 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen