18 maut kemalangan bas di Pakistan


SEKURANG-KURANGNYA 18 orang maut dan lebih 30 cedera apabila sebuah bas yang membawa sekumpulan jemaah terbalik di sebuah lebuh raya di barat daya Pakistan, lapor Anadolu

Kemalangan itu berlaku di daerah Khuzdar di wilayah Punjab pada Jumaat pagi, menurut Radio Pakistan.

Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital kerajaan dan hospital tentera di daerah Khuzdar. – Bernama, 11 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen