HUBUNGAN dialog antara China dan Asean terus kukuh sehingga membuahkan hasil signifikan dalam tempoh tiga dekad lalu.
Duta Besar China ke Asean Deng Xijun dalam sidang media secara maya pada Khamis berkata, hubungan itu sudah menjadi tonggak utama kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.
Beliau turut menyifatkan mesyuarat khas menteri luar sempena 30 tahun hubungan dialog China-Asean yang berlangsung baru-baru ini memberi makna yang amat besar.
Mengulas lanjut, Deng berkata selepas 30 tahun berkembang, model kerjasama China-Asean menjadi teladan paling berjaya dan dinamik di rantau Asia Pasifik.
“China dan negara-negara Asean sentiasa berganding bahu mengorak langkah ke hadapan.
“Perkongsian strategik dilihat semakin konotatif, sementara hasil memberangsangkan diperoleh dalam kerjasama berkaitan politik dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya.
“Kini, China dan Asean telah menjadi rakan dagang paling besar, rakan kerjasama paling konotatif dan rakan strategik paling dinamik,” jelas Deng. – Bernama, 11 Jun, 2021.
Komen