Rusia bebaskan 14 kru kapal nelayan Jepun


Rusia bebas semua 14 kru dan kapal pukat Jepun, Eiho Maru yang ditahan pada 28 Mei lalu. – Gambar fail EPA, 11 Jun, 2021.

RUSIA membebaskan semua 14 kru dan kapal pukat Jepun, Eiho Maru yang ditahan pada 28 Mei lalu, lapor Sputnik memetik media tempatan.

Kru dan kapal nelayan itu ditahan ketika berada di perairan zon ekonomi Rusia, di Laut Okhotsk.

Berikutan itu, Tokyo menuntut mereka dibebaskan manakala Moscow mendakwa  kapal berkenaan menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di zon ekonomi eksklusifnya.

Menurut Agensi Berita Kyodo, kapal itu dikembalikan pada Jumaat selepas membayar denda sebanyak enam juta rubel (AS$83,000). – Bernama, 11 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen